Saturday, March 5, 2011

Dieng Chapter (cont. sket lagi)

Pic#1: Wajah2 ceria sebelum menaiki pesawat. Ketika ini Uda masih menyembunyikan statusnya yang sedang mengandungkan Widaad daripada pengetahuan AirAsia


Pic#2: Berjalan ke pesawat. Bagi photographer2 tegar mengambil gambar di runaway adalah wajib. Walaupun sepatutnya tak boleh.


Pic#3: Lagi gambar sblm naik pesawat. Kelihatan dRali aka Dewa Dieang (masa ni blm dpt lagi title tu) disebelah


Pic#4: Ini adalah lakonan semata2 ni. Buat2 baca buku nak bagi hilang debar masa take off


Pic#5: Nasi lemak Pak Nasser dah abis kot. Terpaksa blasah smoke chicken. Tapi giler ah setiap kali naik AirAsia ni mesti aku nak beli makan walau tahu harga dia x masuk akal mahal.

Pic#6: Sebelum tiba di Indonesia, isi dulu borang imigresen. Borang ni la yg menyebabkan aku kantoi......."Pergi panggil kepala rombongan!"


Pic#7: Yeah, bila dah nampak gunung berapi berbonjol2 tu maknanya suda sampei ke Indonesia....terus semangat pergunungan aku memuncak


Pic#8: Satu lagi gambar wajib di runaway. Kelihatan Rejim Monggol & Puan Jue...(baru aku perasan diorng ni pakai baju kaler tema AirAsia....selepas beberapa tahun berlalu)


Dieng Chapter (cont.)

Sambung lagi sikit.

Pic#1: Untuk trip kali ni aku membelikan sebijik Deuter untuk diriku dan juga isteri tersayam


Pic#2: Ditambah dengan pouch bag berjenama unta


Pic#3: Ni la dia kepala rombongan kami, Dr Jamal. Tak sabar2 dia nak menembak walau berada di cafe LCCT


Pic#4: Haa kan gwe udah bilang. Pak Jamal udah ga sabar mau menjapret


Term Kepala Rombongan ni menjadi sesuatu yang agak hampeh jugak dalam trip ni. Semuanya bermula selepas peristiwa 'Disinfection Machine' dikaunter imigresen Indonesia.....nnt akan diceritakan..memang dpt 2 bala hari tu (hahhahahaa Pojie, akan ku kenang selagi hayat dikandung badan)

Friday, March 4, 2011

Dieng Chapter

Setelah lawatan ataupun ekspedisi yang agak berjaya pada 2008 ke Bromo Indonesia, kami (Petualang2 Luarbiasa Photography) merancang trip yang agak santai ke Dieng pulak. Trip ni memang agak santai kerana tiada acara mendaki gunung. Hanya lawatan ke tempat2 menarik sekitar tanah tinggi Dieng dan juga sekita Jogjakarta.

Untuk membuktikan trip ini adalah sebenarnya-benarnya trip santai, ada diantara Petualang2 yang membawa bersama isteri masing2 untuk turut sama menikmati keindahan Dieng ini. Dalam kes ini aku pon bawak bini aku juga. Hehehe

Pic #1: 2 passport untuk perjalanan ke Indonesia kali ni


Pic #2: Juga rupiah yang agak banyak untuk cover 2 org semasa di sana.


Kami bertolak dari Kuantan seawal 5 pagi bersama-sama sepasang lagi sahabat Petualang (Idzwan & Raudzah) untuk bertemu dengan sahabat2 Petualang yang menaiki kereta kepala rombongan kami iaitu Dr Jamal. Untuk makluman Idzwan & Raudzah merupakan suami isteri dan mereka merupakan photographer professional terutama dalam bidang wedding photography.

Secara ringkasnya rombongan dari Kuantan disertai oleh:
1. Aku dan isteri
2. Idzwan & Raudzah (Wan & Uda....panggilan manja)
3. Dr Jamal (Kepala rombongan)
4. dR Ali
5. Mizi Tucker
6. Fauzi Oslaini aka Pojie the Disinfection Machine Man
7. Azraie aka Rejim Monggol aka Bik dan Puan Jue
Rombongan ini jugak disertai oleh Petualang2 KL iaitu:
1. ND
2. Bigbro
3. Wan aka Badang
err....ada lagi ke tertinggal. Lama sudah peristiwa ini. Hampir terlupa detail2 dan sahabat2 yang pegi. Bersambungggggg