Thursday, November 20, 2008

Bromo Chapter

At last kami sampai gak ke Bromo. Malas nak cerita lagi. Just enjoy the pics dulu ya.





Friday, November 14, 2008

Part 12: Leaving Lawu

Setelah beberapa ketika menghabiskan masa dipuncak Lawu nan indah kami memutuskan untuk memulakan perjalanan turun. Ketika itu matahari sudah mula meninggi. Kepanasan mula mengigit mengganti kedinginan pagi. Kami turun semula ke warung untuk repack barang2 sblm turun. Sambil2 tu layan goreng pisang bersama air sprite yg dijual diwarung tersebut..........(kenapa tak percaya?) Korang ingat pada ketinggian ni AirAsia je ke yg jual makanan & minuman. Makcik warung sini lagi kelas.......muahahahhaa

#1: Pemandangan dari luar warung tempat kami menginap. Free tu. Kelihatan dibelakang puncak tertinggi Lawu dan porter2 Indon sedang berbual2 sesama mereka.
#2: Warung didalam. Kelihatan Mas Todd sedang mengumpulkan tenaga untuk perjalanan turun nanti.
#3: Nah ini buktinya goreng pisang dijual pada ketinggian melebihi 3 ribu meter. AirAsia pon tak jual goreng pisang panas2 gini. Makcik tuan punya warung sedang menggoreng pisang untuk memenuhi permintaan pendaki2 yg kelaparan.
#4: Perjalanan turun bermula. Cuba perhatikan jalan berbengkang-bengkok dari jauh. Waduh jauh lagi perjalannya mas.
#4: Setelah sekian lama berjalan turun, awan masih lagi berada dibawah kami. Luarbiasa!
#5: Hampir 2 jam berjalan awan masih lagi dibawah. Macam salji pulak. Rasa cam nak terjun jek guling2 atas awan tu.
#6: Mas Jamal melintasi sebuah pondok diketinggian diatas awan.
#7: Kelihatan Mas Jamal sedang menuruni 'jalan pintas' untuk cepat sampai ke bawah. Ropanya ni laluan air hujan. Patut la curam semacam. Bahaya betul.
Setelah beberapa kali tergelincir semasa melalui jalan pintas ni keputusan terpaksa diambil untuk menyimpan kamera didalam beg. Terlalu bahaya untuk merisikokan kamera kesayangan dilaluan bahaya ini. Lebih baik tumpukan perhatian dan seluruh tenaga untuk turun. Selepas ini tiada lagi gambar diambil kerana tumpuan hanya untuk cepat sampai ke base camp untuk makan dan mandi.....Yaaaaa mandi...setelah sehari semalam tidak mandi. Nasib baik dalam cuaca 5 darjah celcius dipuncak gunung masing2 tak bau busuk pon. Selamat...........

Next: Bromo Chapter

Part 11: Lawu invaded

Akhirnya setelah menempuh pendakian selama kurang lebih 6 jam, aku bisa menakluki puncak Lawu. Kami bermalam disebuah warung dipuncak Lawu (atas gunung pon ada warung). Esoknya sesudah subuh kami menghabiskan sisa2 300 meter lagi untuk ke summit. Subhanallah indah sekali pemandangan ciptaan yang Maha Esa. Sunrise yg sungguh mengkagumkan. Enjoy..........

#1: Sunrise dipuncak Lawu
#2: Bukti penaklukkan
#3: Gambar group pertama yg berjaya ke puncak. Terdiri daripada pendaki2 gunung tegar yg power. Hebat2 belaka nih
#4: Juga bukti LowePro Inverse 200 AW aku sudah menemaniku sehingga ke puncak Lawu
#5: Mas Remi seolah2 berada dikayangan. Dikelilingi awan.
#6: Pemandangan dipuncak.
#7: Ni mungkin kawah gunung berapi yg dah mati lama dulu.

#8: Last but not least, kasut 'Croc' giant aku yg dipakai sepanjang pendakian. Power seh. Sama level ngan Amporlo Mas Ali juga beli kat giant.

Part 10 Lawu Invasion

Setelah sekian lama ga punya waktu baru hari ini aku berkesempatan untuk mengapdet situs blog ini. Kali ini akan kuceritakan pengalaman pendakian menjajah puncak Lawu....................waduh dipikir pikir ropanya ide aku suda kering abis. Kaya'nya musim kemarau. Ga kedapatan walau setitis ide. Kalian enjoy aja fotonya.

#1: Perhentian pertama (agaknya).......udah lupa mas.
#2: Puncak Lawu dari kejauhan. Indah sungguh panoramanya
#3: Bunga2 cinta.............cinta hanya pada Allah mas
#4: Pos 2 barangkali (penyakit lupa semakin kronik)
#5: Warong pertama.....malangnya udah ditutup. Kelihatan awan semakin ditinggalkan dibawah.
#6: Masih lagi menikmati keindahan kaki gunung Lawu. Nun dikejauhan kelihatan puncak untuk ditakluki.
#7: Batu ni jadi perangsan buat sang petualang. Alang2. Teringat kata2 porter Indon:"Kalu udah sampai disini ga mau kepuncak, itukan percuma mas". (percuma = sia2)

Monday, September 1, 2008

Journey to Indon: Part 9 Lawu Invasion.

Akhirnya bahagian pendakian pon tiba. Setelah bergerak keluar dari Selo kami akan memulakan pendakian yang mencabar iaitu mendaki Gunung Lawu. Berketinggian 3265 meter dari aras laut menjadikan Lawu satu cabaran yang agak getir mental dan fizikal.

Sebelum ke Base Camp Lawu kami bergerak ke Airport untuk mengambil salah seorang Pendaki Gunung tegar yg baru tiba dari Malaisia (Mas Arey). Kemudian perjalanan diteruskan ke Base Camp Lawu.

#1: Penjual es krim diAirport Solo.
Seperti biasa perjalanan di Indonesia ni (Jawa) dihiasi dengan pemandangan2 indah ciptaan Ilahi.

#2: Seorang makcik keluar bekerja.
#3: Pemandangan indah dari dalam van.Perjalanan kami diduga lagi. Van tak larat nak naik bukit daaa. Clutch plate hangit terus. Meraung2 van tu mintak nyawa masa mendaki tu. So kami terpaksa la turun dan berjalan sementara van meneruskan sisa2 tenaganya mendaki bukit tersebut. Alaaa dalam kepala kunun kira sebagai warming up la nak panjat gunung nanti. Hahahhaa

#4: Pendaki2 sedang 'warming up' sebelum ujian sebenar.
Akhirnya kami tiba di Base Camp Lawu. Lepas makan nasgor disebuah warung dihadapan pintu masuk Cemoro Kandang kami bersiap2 untuk mendaki. Base Camp ni macam rumah org jek. Tapi ruang tamu dia macam dah dikhaskan untuk pendaki2. Luas pastu ada bilik2 kecil. Aku rasa gov diorang ada support gak nih.
#5: Sedang bersiap2
#6: Kelihatan Jass dan Waja sedang mara ke pintu masuk Lawu dengan gagahnya.
#7: Posing di depan pintu masuk Lawu. Kami masuk ikut Cemoro Sewu.

Pendakian mulanya dalam keadaan santai. Tiada tekanan. Tiada penat. Hanya kegembiraan terpancar diwajah masing2. Ditambah dengan keindahan alam semulajadi yg amat menakjubkan.
#8: Dr Ali sedang memimpin platun petualang Indon dan Malaisia dalam misi menawan Lawu. Berjalan dengan penuh gagah perkasa.

#9: Mas Mokhti. Porter aku yg juga merupakan student di Universitas Gajah Mada. Power mamat ni. Bayangkan je la tripod aku saja dah 3 kilo lebih dia pikul.

Wednesday, August 20, 2008

Journey to Indon: Part 8 Merapi Chapter

Perjalanan dari Dieng ke Base Camp Merapi tak byk dpt diceritakan. Perjalanan dimalam hari memang membosankan. Ditambah dengan cuaca sejuk dengan pemandangan yg gelap hanya aktiviti tidur sahaja yg mampu kami lakukan. Tidur pon ala kadar dalam van. Dah la sejuk yg teramat, nasib baik la aku ada minum kopi purwaceng sblm tu. Badan rasa agak panas maybe sbb kopi tu ada herba kot....hahahhahha (geng purwaceng tahu la apa yg aku maksudkan)

Kami tiba disebuah motel/chalet dia Base Camp Merapi/New Selo awal pagi. Kami hanya pikirkan untuk tidur dan recover balik stamina sbb esoknya ujian paling getir akan kami lalui.......The ultimate journey to Lawu....pergh tak dpt dibayangkan lebih 3 ribu meter dari aras laut tingginya.

Esoknya selepas solat subuh kami mengambil kesempatan untuk shoot sunrise & suasana pagi di New Selo. Pemandangan yg teramat indah. Dengan budak2 sekolah bergegas ke sekolah, orang2 dewasa memulakan kerja seharian mereka berlatarbelakangkan gunung Merapi dan Merbabu....sungguh indah.

Sunrise di New Selo...tak brp cantik aku capture sunrise ni.
Dua warga New Selo sedang memulakan hari mereka.Merapi yg masih berasap. Lagi Merapi...aku tak dpt nak berhenti snap gambar walaupun angle yg sama. Terlalu cantik.Dan lagi Merapi....subhanallah..kerdilnya rasa.Dan laaaaagi Merapi..Merbabu setentang dgn MerapiMbak ni bekerja keras demi sebuah kehidupan.Kanak2 memberikan pose sblm pegi sekolah. Budak tadika ni kot sbb kt baju dia tulis Pramuka.Mbak ni malu2 ketika dijepret.
Selepas puas shooting di New Selo kami ke Pekan Selo untuk breakfast. Jalan kaki jek kesana. Sempat shoot beberapa keping di Pekan Selo. Menu breakfast macam biasa la........soto. Setiap hari menu kami hanyalah soto. Tiada yg lain melainkan soto. Sampaikan dalam van sapa yg kentut pon tak dpt dikenalpasti. Baunya sama jek.

Kanak2 pegi sekolah lagi.
Breakfast session.Seorang peniaga dipasar di Selo.Punya la lama aku tunggu mbak ni pandang arah aku. Dia mcm malu2....hehehehe.Bergerak keluar dari Selo. Merapi melambai2 pemergian kami.

Thursday, August 14, 2008

Journey to Indon: Part 7

Daripada Jogja kami bertolak untuk ke base camp Merapi iaitu New Selo. Disebabkan esoknya kami akan ke airport untuk mengambil Osprey (pendaki tegar yg power) so kami decide untuk ke New Selo. Dekat sket ngan Solo.

Oh ya sblm tu kami pergi ke Dieang Plateu. Sini kawasan tanah tinggi yg cukup indah. Dikatakan disini terdapat 7 danau yg amat luas. Malangnya kami sampai ketika hampir maghrib dan hari pon sudah gelap. Tiada gambar smpat aku amik dan malam tu kami dinner di Dieng. Sempat la pekena kopi Purwaceng (mendokrak tenaga pria dan wanita).

Peristiwa sadis di Dieng ialah aku jatuh longkang kat depan kedai kopi Purwaceng tu. Hampes sib baik tak patah kaki. Keting dah injured malam tu. Nasib baik aku masih mampu mendaki Lawu esok harinya.

Ayam goreng kat Jawa nih sekali kepala dia goreng. Amacam ada brani?
Cewek2 Indon yg terkejut melihat org2 Malaisia melantak sotoMas Jamal bersedia nak membelasah soto
Mas Ali dengan penuh perasaan makan kepala ayamSoto bersama teh panas
Sini byk patung2 tugu. Seorang murid sekolah sedang berjalan pulangKamar kecil = toilet..........pipis tu tak pasti plak....hahahaha