Setelah beberapa ketika menghabiskan masa dipuncak Lawu nan indah kami memutuskan untuk memulakan perjalanan turun. Ketika itu matahari sudah mula meninggi. Kepanasan mula mengigit mengganti kedinginan pagi. Kami turun semula ke warung untuk repack barang2 sblm turun. Sambil2 tu layan goreng pisang bersama air sprite yg dijual diwarung tersebut..........(kenapa tak percaya?) Korang ingat pada ketinggian ni AirAsia je ke yg jual makanan & minuman. Makcik warung sini lagi kelas.......muahahahhaa
#1: Pemandangan dari luar warung tempat kami menginap. Free tu. Kelihatan dibelakang puncak tertinggi Lawu dan porter2 Indon sedang berbual2 sesama mereka.
#2: Warung didalam. Kelihatan Mas Todd sedang mengumpulkan tenaga untuk perjalanan turun nanti.
#3: Nah ini buktinya goreng pisang dijual pada ketinggian melebihi 3 ribu meter. AirAsia pon tak jual goreng pisang panas2 gini. Makcik tuan punya warung sedang menggoreng pisang untuk memenuhi permintaan pendaki2 yg kelaparan.
#4: Perjalanan turun bermula. Cuba perhatikan jalan berbengkang-bengkok dari jauh. Waduh jauh lagi perjalannya mas.
#4: Setelah sekian lama berjalan turun, awan masih lagi berada dibawah kami. Luarbiasa!
#5: Hampir 2 jam berjalan awan masih lagi dibawah. Macam salji pulak. Rasa cam nak terjun jek guling2 atas awan tu.
#6: Mas Jamal melintasi sebuah pondok diketinggian diatas awan.
#7: Kelihatan Mas Jamal sedang menuruni 'jalan pintas' untuk cepat sampai ke bawah. Ropanya ni laluan air hujan. Patut la curam semacam. Bahaya betul.
Setelah beberapa kali tergelincir semasa melalui jalan pintas ni keputusan terpaksa diambil untuk menyimpan kamera didalam beg. Terlalu bahaya untuk merisikokan kamera kesayangan dilaluan bahaya ini. Lebih baik tumpukan perhatian dan seluruh tenaga untuk turun. Selepas ini tiada lagi gambar diambil kerana tumpuan hanya untuk cepat sampai ke base camp untuk makan dan mandi.....Yaaaaa mandi...setelah sehari semalam tidak mandi. Nasib baik dalam cuaca 5 darjah celcius dipuncak gunung masing2 tak bau busuk pon. Selamat...........
Next: Bromo Chapter
No comments:
Post a Comment