Sunday, August 10, 2008

Journey to Indon: Part 4

Selepas membelasah soto Mbak Ngiyem kami meneruskan perjalanan kami ke destinasi kedua iaitu pekan Selo. Disini terletaknya base camp untuk ke Gunung Merapi. Berada di kawasan tanah tinggi menjadikan Selo tempat yang amat dingin. Aircond van kami pon takleh lawan kesejukan udara dia. So tutup aircond dan pakat2 bukak tingkap.

Pekan ni kecil jek. Tapi penduduknya ramah sekali. Yang aku perasan ialah bila tengah hari jek diorang tutup kedai. Tak pasti la diorang ada lunch hour jugak ke atau memang tutup kedai nak berehat. Ataupun nak 'qoilulah' (tidur sekejap tghari dgn sbb nak qiamulail malam nanti)...hehehhee bersangka baik je la.

Disini selain daripada aktiviti street shoot aktiviti utama ialah membeli sim card Indon untuk tujuan melaporkan aktiviti dan keadaan semasa kepada Menteri Dalam Negeri di Malaisia (hehehe bukan Hamid Albar yek)....bini la tu. Mana ada awek lapor pada awek. Tapi malangnya aku sempat buat satu call saja ke Malaisia guna sim card Indon nih. Batteri henset habis daa. Charger tinggal kat umah. Tak guna jugak walaupun udah ditambah pulsanya (pulsa = top up).

Kedai menjual sate kambing muda. Kambing digantung gitu jek. Tak busuk pon sbb tmpt ni sejuk. Bila oder baru dia potong2 dan cucuk sate tu. Lambat sket la bleh makan.

Dacing di Selo.....kekeeke
Iklan motor kat sana.Pilih la nak yg mana satu yg atas ke yg bawah.
Jadah bakar. Apa ke jadahnya jadah bakar ni aku pon tak tau.
Banner sate kambing muda Bu Heru. Kedai ke warung ke kereta sorong ke mesti ada banner besar kat Indon nih.
Deretan kedai di Selo. Kelihatan Dr Ali dan Jass.
Seorang makcik membawa barang jualan. Dah habis berjual kot sbb nampak macam nak balik dah jek.

'Seven Eleven' di Selo.....bak kata Jass.
Bapak ni sedang melintas untuk ke Pekan Selo. Serius jek muka.

No comments: