Akhirnya bahagian pendakian pon tiba. Setelah bergerak keluar dari Selo kami akan memulakan pendakian yang mencabar iaitu mendaki Gunung Lawu. Berketinggian 3265 meter dari aras laut menjadikan Lawu satu cabaran yang agak getir mental dan fizikal.
Sebelum ke Base Camp Lawu kami bergerak ke Airport untuk mengambil salah seorang Pendaki Gunung tegar yg baru tiba dari Malaisia (Mas Arey). Kemudian perjalanan diteruskan ke Base Camp Lawu.
#1: Penjual es krim diAirport Solo.
Seperti biasa perjalanan di Indonesia ni (Jawa) dihiasi dengan pemandangan2 indah ciptaan Ilahi.
#2: Seorang makcik keluar bekerja.
#3: Pemandangan indah dari dalam van.Perjalanan kami diduga lagi. Van tak larat nak naik bukit daaa. Clutch plate hangit terus. Meraung2 van tu mintak nyawa masa mendaki tu. So kami terpaksa la turun dan berjalan sementara van meneruskan sisa2 tenaganya mendaki bukit tersebut. Alaaa dalam kepala kunun kira sebagai warming up la nak panjat gunung nanti. Hahahhaa
#4: Pendaki2 sedang 'warming up' sebelum ujian sebenar.
Akhirnya kami tiba di Base Camp Lawu. Lepas makan nasgor disebuah warung dihadapan pintu masuk Cemoro Kandang kami bersiap2 untuk mendaki. Base Camp ni macam rumah org jek. Tapi ruang tamu dia macam dah dikhaskan untuk pendaki2. Luas pastu ada bilik2 kecil. Aku rasa gov diorang ada support gak nih.
#5: Sedang bersiap2
#6: Kelihatan Jass dan Waja sedang mara ke pintu masuk Lawu dengan gagahnya.
#7: Posing di depan pintu masuk Lawu. Kami masuk ikut Cemoro Sewu.
Pendakian mulanya dalam keadaan santai. Tiada tekanan. Tiada penat. Hanya kegembiraan terpancar diwajah masing2. Ditambah dengan keindahan alam semulajadi yg amat menakjubkan.
#8: Dr Ali sedang memimpin platun petualang Indon dan Malaisia dalam misi menawan Lawu. Berjalan dengan penuh gagah perkasa.
#9: Mas Mokhti. Porter aku yg juga merupakan student di Universitas Gajah Mada. Power mamat ni. Bayangkan je la tripod aku saja dah 3 kilo lebih dia pikul.
1 comment:
Luarbiasa....!!!
Post a Comment