Saturday, March 5, 2011

Dieng Chapter (cont. sket lagi)

Pic#1: Wajah2 ceria sebelum menaiki pesawat. Ketika ini Uda masih menyembunyikan statusnya yang sedang mengandungkan Widaad daripada pengetahuan AirAsia


Pic#2: Berjalan ke pesawat. Bagi photographer2 tegar mengambil gambar di runaway adalah wajib. Walaupun sepatutnya tak boleh.


Pic#3: Lagi gambar sblm naik pesawat. Kelihatan dRali aka Dewa Dieang (masa ni blm dpt lagi title tu) disebelah


Pic#4: Ini adalah lakonan semata2 ni. Buat2 baca buku nak bagi hilang debar masa take off


Pic#5: Nasi lemak Pak Nasser dah abis kot. Terpaksa blasah smoke chicken. Tapi giler ah setiap kali naik AirAsia ni mesti aku nak beli makan walau tahu harga dia x masuk akal mahal.

Pic#6: Sebelum tiba di Indonesia, isi dulu borang imigresen. Borang ni la yg menyebabkan aku kantoi......."Pergi panggil kepala rombongan!"


Pic#7: Yeah, bila dah nampak gunung berapi berbonjol2 tu maknanya suda sampei ke Indonesia....terus semangat pergunungan aku memuncak


Pic#8: Satu lagi gambar wajib di runaway. Kelihatan Rejim Monggol & Puan Jue...(baru aku perasan diorng ni pakai baju kaler tema AirAsia....selepas beberapa tahun berlalu)


Dieng Chapter (cont.)

Sambung lagi sikit.

Pic#1: Untuk trip kali ni aku membelikan sebijik Deuter untuk diriku dan juga isteri tersayam


Pic#2: Ditambah dengan pouch bag berjenama unta


Pic#3: Ni la dia kepala rombongan kami, Dr Jamal. Tak sabar2 dia nak menembak walau berada di cafe LCCT


Pic#4: Haa kan gwe udah bilang. Pak Jamal udah ga sabar mau menjapret


Term Kepala Rombongan ni menjadi sesuatu yang agak hampeh jugak dalam trip ni. Semuanya bermula selepas peristiwa 'Disinfection Machine' dikaunter imigresen Indonesia.....nnt akan diceritakan..memang dpt 2 bala hari tu (hahhahahaa Pojie, akan ku kenang selagi hayat dikandung badan)

Friday, March 4, 2011

Dieng Chapter

Setelah lawatan ataupun ekspedisi yang agak berjaya pada 2008 ke Bromo Indonesia, kami (Petualang2 Luarbiasa Photography) merancang trip yang agak santai ke Dieng pulak. Trip ni memang agak santai kerana tiada acara mendaki gunung. Hanya lawatan ke tempat2 menarik sekitar tanah tinggi Dieng dan juga sekita Jogjakarta.

Untuk membuktikan trip ini adalah sebenarnya-benarnya trip santai, ada diantara Petualang2 yang membawa bersama isteri masing2 untuk turut sama menikmati keindahan Dieng ini. Dalam kes ini aku pon bawak bini aku juga. Hehehe

Pic #1: 2 passport untuk perjalanan ke Indonesia kali ni


Pic #2: Juga rupiah yang agak banyak untuk cover 2 org semasa di sana.


Kami bertolak dari Kuantan seawal 5 pagi bersama-sama sepasang lagi sahabat Petualang (Idzwan & Raudzah) untuk bertemu dengan sahabat2 Petualang yang menaiki kereta kepala rombongan kami iaitu Dr Jamal. Untuk makluman Idzwan & Raudzah merupakan suami isteri dan mereka merupakan photographer professional terutama dalam bidang wedding photography.

Secara ringkasnya rombongan dari Kuantan disertai oleh:
1. Aku dan isteri
2. Idzwan & Raudzah (Wan & Uda....panggilan manja)
3. Dr Jamal (Kepala rombongan)
4. dR Ali
5. Mizi Tucker
6. Fauzi Oslaini aka Pojie the Disinfection Machine Man
7. Azraie aka Rejim Monggol aka Bik dan Puan Jue
Rombongan ini jugak disertai oleh Petualang2 KL iaitu:
1. ND
2. Bigbro
3. Wan aka Badang
err....ada lagi ke tertinggal. Lama sudah peristiwa ini. Hampir terlupa detail2 dan sahabat2 yang pegi. Bersambungggggg

Friday, January 30, 2009

Bromo Chapter: updates

Setelah sekian lama blog petualang ni dibiarkan tanpa sebarang updates maka hari ni aku nak update sket lagi....berbekalkan sisa2 maklumat yg masih lekat kat memori aku nih.

Kami tiba di Bromo sekitar pukul 4 pagi kalau tak silap. Setelah selesai segala urusan dipintu masuk (buang air, lepak2, beli glove.......hampes mamat indon tu berjaya jual mahal kat aku) kami pon meneruskan perjalanan ke Penanjakan...bukan mendaki..tapi kali ni menaiki jip..suhu yg sejuk masih menusuk urat sarafku muahahaha.

Sampai di Penanjakan layan teh panas dulu....sementara menunggu sun rise. Kelihatan pelancong asing berbondong2 datang...ish tak bleh jadi ni..terus kami bergerak ke tempat untuk melihat sunrise dan keindahan Bromo.

Dipendekkan cerita....berebut2 cari port nak letak tripod....mat2 saleh ngan minah saleh berpelukan time sunrise....mat2 indon yg dok berkhemah kat situ nyanyi ramai2 sambil main gitar....solat subuh beralaskan poncho....cerita solat subuh ni pon kelakar. Kami solat berpandukan bintang untuk menentukan kiblat. Sekali ada minah2 indon solat arah lain. Walaupon kami dah bagitahu namun diorang tetap takmo tukar. So masing2 solat kiblat masing2...muahahaha....

Enjoy la gambar dulu....

#1: View Penanjakan dari tepi kawah Bromo...
#2: Nah buktinya aku dah sampai ke tepi kawah Bromo...berasap lagi tuuuu..
#3: Mas Waja sedang merenung jauh....tak pasti ler teringat bini ke teringat cewek Indon
#4: Mas Jamal pon merenung jauh gak....yg ni rasanya memang ingat kat bini ngan anak2 (ayat cover line)
#5: 3 org photographer....2 otai (Sani & Dr Jamal) sorang tak otai (aku ler tu)...sedang beraksi di kawasan savanna Bromo.
#6: Kawasan parking kuda kat kaki Bromo. Hahaha lupa nak cakap dari sini aku naik kuda beb. 75 ribu rupiah jek upahnya...
#7: Mas Jamal & Mas Sani caught on camera...sedang membidik sasaran.
#8: Mas Arey/Osprey caught on camera...dia snap aku...aku snap dia..
#9: Last but not least.......Arjuna Wulerang dari kejauhan. View dari Penanjakan.

Rasanya setakat ini saja catatan sepanjang aku berpetualang ke Indonesia.......Next February (9 Feb 2009) aku akan sekali lagi ke sana. Kali ni trip santai ke Dieng....kawasan tanah tinggi....tunggukan kemunculan gambar dari Dieng.....stay tuned!!!!!!!

Thursday, November 20, 2008

Bromo Chapter

At last kami sampai gak ke Bromo. Malas nak cerita lagi. Just enjoy the pics dulu ya.





Friday, November 14, 2008

Part 12: Leaving Lawu

Setelah beberapa ketika menghabiskan masa dipuncak Lawu nan indah kami memutuskan untuk memulakan perjalanan turun. Ketika itu matahari sudah mula meninggi. Kepanasan mula mengigit mengganti kedinginan pagi. Kami turun semula ke warung untuk repack barang2 sblm turun. Sambil2 tu layan goreng pisang bersama air sprite yg dijual diwarung tersebut..........(kenapa tak percaya?) Korang ingat pada ketinggian ni AirAsia je ke yg jual makanan & minuman. Makcik warung sini lagi kelas.......muahahahhaa

#1: Pemandangan dari luar warung tempat kami menginap. Free tu. Kelihatan dibelakang puncak tertinggi Lawu dan porter2 Indon sedang berbual2 sesama mereka.
#2: Warung didalam. Kelihatan Mas Todd sedang mengumpulkan tenaga untuk perjalanan turun nanti.
#3: Nah ini buktinya goreng pisang dijual pada ketinggian melebihi 3 ribu meter. AirAsia pon tak jual goreng pisang panas2 gini. Makcik tuan punya warung sedang menggoreng pisang untuk memenuhi permintaan pendaki2 yg kelaparan.
#4: Perjalanan turun bermula. Cuba perhatikan jalan berbengkang-bengkok dari jauh. Waduh jauh lagi perjalannya mas.
#4: Setelah sekian lama berjalan turun, awan masih lagi berada dibawah kami. Luarbiasa!
#5: Hampir 2 jam berjalan awan masih lagi dibawah. Macam salji pulak. Rasa cam nak terjun jek guling2 atas awan tu.
#6: Mas Jamal melintasi sebuah pondok diketinggian diatas awan.
#7: Kelihatan Mas Jamal sedang menuruni 'jalan pintas' untuk cepat sampai ke bawah. Ropanya ni laluan air hujan. Patut la curam semacam. Bahaya betul.
Setelah beberapa kali tergelincir semasa melalui jalan pintas ni keputusan terpaksa diambil untuk menyimpan kamera didalam beg. Terlalu bahaya untuk merisikokan kamera kesayangan dilaluan bahaya ini. Lebih baik tumpukan perhatian dan seluruh tenaga untuk turun. Selepas ini tiada lagi gambar diambil kerana tumpuan hanya untuk cepat sampai ke base camp untuk makan dan mandi.....Yaaaaa mandi...setelah sehari semalam tidak mandi. Nasib baik dalam cuaca 5 darjah celcius dipuncak gunung masing2 tak bau busuk pon. Selamat...........

Next: Bromo Chapter

Part 11: Lawu invaded

Akhirnya setelah menempuh pendakian selama kurang lebih 6 jam, aku bisa menakluki puncak Lawu. Kami bermalam disebuah warung dipuncak Lawu (atas gunung pon ada warung). Esoknya sesudah subuh kami menghabiskan sisa2 300 meter lagi untuk ke summit. Subhanallah indah sekali pemandangan ciptaan yang Maha Esa. Sunrise yg sungguh mengkagumkan. Enjoy..........

#1: Sunrise dipuncak Lawu
#2: Bukti penaklukkan
#3: Gambar group pertama yg berjaya ke puncak. Terdiri daripada pendaki2 gunung tegar yg power. Hebat2 belaka nih
#4: Juga bukti LowePro Inverse 200 AW aku sudah menemaniku sehingga ke puncak Lawu
#5: Mas Remi seolah2 berada dikayangan. Dikelilingi awan.
#6: Pemandangan dipuncak.
#7: Ni mungkin kawah gunung berapi yg dah mati lama dulu.

#8: Last but not least, kasut 'Croc' giant aku yg dipakai sepanjang pendakian. Power seh. Sama level ngan Amporlo Mas Ali juga beli kat giant.