Wednesday, August 20, 2008

Journey to Indon: Part 8 Merapi Chapter

Perjalanan dari Dieng ke Base Camp Merapi tak byk dpt diceritakan. Perjalanan dimalam hari memang membosankan. Ditambah dengan cuaca sejuk dengan pemandangan yg gelap hanya aktiviti tidur sahaja yg mampu kami lakukan. Tidur pon ala kadar dalam van. Dah la sejuk yg teramat, nasib baik la aku ada minum kopi purwaceng sblm tu. Badan rasa agak panas maybe sbb kopi tu ada herba kot....hahahhahha (geng purwaceng tahu la apa yg aku maksudkan)

Kami tiba disebuah motel/chalet dia Base Camp Merapi/New Selo awal pagi. Kami hanya pikirkan untuk tidur dan recover balik stamina sbb esoknya ujian paling getir akan kami lalui.......The ultimate journey to Lawu....pergh tak dpt dibayangkan lebih 3 ribu meter dari aras laut tingginya.

Esoknya selepas solat subuh kami mengambil kesempatan untuk shoot sunrise & suasana pagi di New Selo. Pemandangan yg teramat indah. Dengan budak2 sekolah bergegas ke sekolah, orang2 dewasa memulakan kerja seharian mereka berlatarbelakangkan gunung Merapi dan Merbabu....sungguh indah.

Sunrise di New Selo...tak brp cantik aku capture sunrise ni.
Dua warga New Selo sedang memulakan hari mereka.Merapi yg masih berasap. Lagi Merapi...aku tak dpt nak berhenti snap gambar walaupun angle yg sama. Terlalu cantik.Dan lagi Merapi....subhanallah..kerdilnya rasa.Dan laaaaagi Merapi..Merbabu setentang dgn MerapiMbak ni bekerja keras demi sebuah kehidupan.Kanak2 memberikan pose sblm pegi sekolah. Budak tadika ni kot sbb kt baju dia tulis Pramuka.Mbak ni malu2 ketika dijepret.
Selepas puas shooting di New Selo kami ke Pekan Selo untuk breakfast. Jalan kaki jek kesana. Sempat shoot beberapa keping di Pekan Selo. Menu breakfast macam biasa la........soto. Setiap hari menu kami hanyalah soto. Tiada yg lain melainkan soto. Sampaikan dalam van sapa yg kentut pon tak dpt dikenalpasti. Baunya sama jek.

Kanak2 pegi sekolah lagi.
Breakfast session.Seorang peniaga dipasar di Selo.Punya la lama aku tunggu mbak ni pandang arah aku. Dia mcm malu2....hehehehe.Bergerak keluar dari Selo. Merapi melambai2 pemergian kami.

1 comment:

Unknown said...

huhuhuh.....
mkn soto je....
alahhaaiiiii.....